Thursday, November 19, 2015

WADAI KEPENG .. MANISAN ORANG BANJAR


Wadai Kepeng

Wadai kepeng merupakan salah satu makanan yang popular dalam kalangan masyarat banjar. Dalam konteks ini, negeri Perak Darul Ridzuan daerah Kerian, Sungai Manik, dan Bagan Datoh merupakan antara kawasan yang mempunyai masyarakat banjar namun daerah Kerian yang berada di utara Perak mencatatkan penduduk paling ramai masyarakat banjar di Malaysia. Menceritakan tentang makanan Wadai kepeng masyarakat Banjar, Encik Mohd Rizal berumur 20 tahun yang berasal dari Parit Buntar, Perak memberitahu, makanan tradisi Wadai kepeng adalah juadah yang amat terkenal dengan manisannya. Menurutnya lagi makanan ini sering disediakan pada majlis-majlis doa kesyukuran ataupun doa selamat. Dalam pada itu, penyediaan Wadai kepeng tidaklah sukar kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Cara menyediaakan Wadai kepeng adalah menggunakan tepung pulut, garam, dan air suam. Semua bahan tersebut akan diuli bersama hingga menjadi doh. Kemudian doh tersebut perlu diambil di dalam kuantiti yang sedikit dan dibentukkan menjadi bulat kemudian dipicit sedikit. 

Seterusnya proses membuat kuahnya pula adalah dengan menggunakan santan, air, gula putih, gula melaka dan garam. Semua bahan itu akan dimasak bersama sehingga mendidih. Apabila kuah tersebut mendidih barulah dimasukkan adunan tepung yang telah dibentuk tadi. Kesemua  bahan tersebut perlu dikacau supaya tepung tadi tidak melekat. Bagi memastikan bahawa juadah ini telah siap dimasak adalah dengan melihat tepung tersebut timbul kemudian tenggelam ke dalam kuah.

      

No comments:

Post a Comment