KUIH GEDUNG CHAK
Gedung Chak dikatakan berasal daripada negeri Kedah.Sejarah
kuih ini bermula apabila penduduk Acheh yang datang berhijrah ke Tanah Melayu dan
menetap di kawasan Yan,Kedah.Mereka telah membawa tradisi makanan mereka ke dalam
budaya masyarakat setempat.Masyarakat di kawasan tersebut meyambut baik makanan
tradisi penduduk Acheh ini dan lama-kelamaan kuih Gedung Chak menjadi kuih yang
selalu dimakan dan digemari oleh masyarakat terutama sekali di negeri
Kedah.Begitulah sejarah kuih Gedung Chak yang kini telah menjadi kuih tradisi
negeri Kedah.Namun begitu, kemodenan yang telah kita kecapi membuatkan kuih
tradisi kian dipinggirkan.Oleh itu, kuih Gedung Chak ini semakin sukar untuk
ditemui.Antara lokasi yang boleh dikongsikan untuk mendapatkan kuih ini ialah
Yan,Tanjung Dawai dan Kota Kuala Muda.
Kuih Gedung Chak ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya ialah kuih ini
menggunakan daun nipah sebagai pembungkusnya.Daun nipah mampu menghasilkan
aroma yang sangat wangi ketika kuih ini dibakar dan mampu membangkitkan selera.Kuih ini diperbuat
daripada tepung pulut sebagai bahan utama.Untuk pengetahuan kita semua,tepung
pulut mengandungi vitamin B dan E serta
tepung ini mudah untuk dicerna.Tepung pulut juga sesuai diamalkan untuk
pengidap penyakit kencing manis.Bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan
kuih ini ialah kelapa.Kelapa ialah bahan sampingan .Kelapa dapat mengatasi
masalah keracunan, cirit-birit,demam panas,bronkitis dan kesukaran membuang air
kecil dan besar.Gula merah juga diperlukan untuk menghasilkan kuih Gedung Chak ini.Gula merah kaya dengan
garam mineral,thiamine,riboflavin,nikotinic asid,askorbic asid,protein dan
vitamin C.Gula merah juga mengandungi kandungan gula yang lebih kecil
berbanding gula putih.Gula merah boleh digunakan untuk merawat asma,anemia dan
kusta.
KUIH KAPAL TERBANG
Kuih Bahulu sememangnya kuih tradisi orang Melayu yang
telah lama mendapat tempat di hati setiap penduduk di Malaysia.Kuih Bahulu
kebiasaannya kelihatan di rumah-rumah kenduri.Kuih ini dihidang kepada tetamu
yang hadir atau dibungkus ke dalam plastik dan diberikan kepada tetamu ketika
mereka menghadiri majlis tersebut.Segelintir masyarakat Melayu mewajibkan Kuih
Bahulu ketika tibanya musim perayaan dek kerana rasanya yang sedap.Selain
majlis perkhawinan dan musim perayaan Kuih Bahulu juga dibuat santapan untuk
minum petang dan dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah kita.Kuih
Bahulu ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk misalnya bentuk ikan.Perkara
ini secara tidak langsung menarik minat golongan kanak-kanak untuk menggemari kuih
ini.Bahan-bahan untuk membuat kuih ini juga amatlah mudah untuk didapati dan
sangatlah asas seperti tepung gandum,telur dan gula.Apa yang menarik mengenai
kuih ini ialah teknik pembakarannya.Teknik tradisi yang diamalkn oleh
masyarakat Melayu untuk membakar kuih Bahulu ialah meggunakan bara api.Kuih
Bahulu akan dibakar menggunakan bara api
untuk mendapatkan aroma yang cukup menyelerakan.
No comments:
Post a Comment