KUIH TEMPATAN NEGERI KEDAH
KUIH BAHULU TRADISI MASYARAKAT MELAYU
Kuih Bahulu sememangnya kuih tradisi orang Melayu yang
telah lama mendapat tempat di hati setiap penduduk di Malaysia.Kuih Bahulu
kebiasaannya kelihatan di rumah-rumah kenduri.Kuih ini dihidang kepada tetamu yang
hadir atau dibungkus ke dalam plastik dan diberikan kepada tetamu ketika mereka
menghadiri majlis tersebut.Segelintir masyarakat Melayu mewajibkan Kuih Bahulu
ketika tibanya musim perayaan dek kerana rasanya yang sedap.Selain majlis
perkhawinan dan musim perayaan Kuih Bahulu juga dibuat santapan untuk minum
petang dan dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah kita.Kuih Bahulu
ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk misalnya bentuk ikan.Perkara ini
secara tidak langsung menarik minat golongan kanak-kanak untuk menggemari kuih
ini.Bahan-bahan untuk membuat kuih ini juga amatlah mudah untuk didapati dan
sangatlah asas seperti tepung gandum,telur dan gula.Apa yang menarik mengenai
kuih ini ialah teknik pembakarannya.Teknik tradisi yang diamalkn oleh
masyarakat Melayu untuk membakar kuih Bahulu ialah meggunakan bara api.Kuih
Bahulu akan dibakar menggunakan bara api
untuk mendapatkan aroma yang cukup menyelerakan.
No comments:
Post a Comment