Saturday, November 7, 2015


CUCUQ UDANG


  Cucur udang turut dikenali sebagai jemput-jemput udang di negeri selatan. Di negeri Pulau Pinang
, cucur udang dipanggil ‘cucoq udang’ mengikut loghat negeri ini. Bahan utama cucur ialah tepung gandum dan udang. Adunan bater yang digunakan ialah bater pekat. Kaedah memasak yang digunakan bagi menyediakan kuih ini ialah menggoreng dengan minyak penuh. Selain dari bahan utamanya, adunan cucur boleh dicampur dengan taugeh, kucai, bawang besar dan cili merah. Kadang kala, cucur udang ini akan dicampur dengan jagung dan dipanggil cucur jagung.

            Cucur biasanya dimakan dengan sos cili atau kuah kacang. Sos cili boleh didapati dalam dua jenis iaitu sos cili dalam botol atau sos cili manis yang boleh dibuat sendiri. Cucur udang boleh dinikmati sebagai rojak atau pasembor. Ia akan dimakan bersama dengan sengkuang, timun, taugeh, tauhu dan kuah kacang. Pasembor merupakan makanan yang sinonim dengan negeri Pulau Pinang. Cucur juga dicampur dalam mi goreng mamak dan mee rebus.


No comments:

Post a Comment