Saturday, October 31, 2015

KUIH PENIRAM @ TELINGA KERA


Hai assalamualaikum.... selamat malam semua... malam ini i nak cerita pasal kuih peneram atau telinga kera... pernah dengar tak kuih tu.. kalau nak tau kuih tu ada lubang empat dan lubang satu.. masa kecil dulu mak i selalu buat kuih tu untuk jual bagi menambahkan pendapatan keluarga.. kebanyakan kuih peniram ni selalu ada dekat kenduri.. pergi je kenduri kat perlis mesti ada kuih peniram ni.. bahan bahan nak buat kuih ni mahal tau sebab sekarangkan gst... :) biasa lah tu.. kuih ni ada cara tersendiri tau kalau korang nak buat,.. mari sini i nak kongsi rahsia nak buat peniram sedap... hehehe jagna lupa tambahkan kasih sayang sekali... baru sedap.. hihihi.. ok jom scroll kat bawah tengok resepi kuih peniram ni...
Bahan- bahan


 1 paket tepung beras (500g)

2. 2 cawan air

#jangan lupa yer tambah santan bagi lemak.....

3. 2 cawan gula merah

4. 1 cawan gula pasir

5. secubit garam

6. minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya: 
1. Campurkan gula merah, gula pasir , 1 cawan air dan secubit garam ke dalam periuk. Panaskan hingga gula larut. santan sekali tau bagi yang nak kuih tu lemak...

2. Kemudian, tapis gula yang larut tadi untuk buang segala bendasing..panaskan lg gula yang telah ditapis dengan 1 cawan air.

3. Kacau larutan gula tadi hingga pekat.Tutup api dan masukkan tepung beras.

4. Uli sehinga menjadi adunan yang sebati..biarkan adunan sehari sblm digoreng.Kalau disimpan 3-4 hari lg sedap kerana tepung dan gula betul-betul dah meresap..jangan risau kuih ni tak rosak walaupun tidak diletak dalam peti ais.

5. Jika adunan tadi keras, bolehlah letak beberapa titik air panas.

6. Bentukkan adunan tadi bulat-bulat seperti guli,lepas tu tekan perlahan-perlahan guna jari sehingga leper,kemudian buat 2-4 atau 1 lubang je... alaa buat pakai jari je .....

7. Letakkan plastik yang telah disapu minyak ke dalam dulang dan letakkan adunan yang telah dibentuk ke dalam dulang tersebut supaya tidak melekat nanti.

8. Panaskan kuali, pastikan minyak betul-betul panas.Gorengkan kuih ini sekejap,bila ia timbul,terbalikkan dan terus angkat.

9. Toskan kuih tadi. Makan la panas panas.. memang sedap sangat sangat, terbaiklah !!!

No comments:

Post a Comment