Tuesday, November 24, 2015

kuih tempatan negeri melaka

KUIH BUAH MELAKA

 Kuih buah Melaka atau lebih dikenali sebagai kuih onde-onde nendapat nama tersebut daripada buah pokok Melaka yang berwarna kuning kekuningan dan mempunyai rasa yang manis.Kuih buah Melaka dipercayai berasal daripada negeri Melaka.Kepercayaan ini wujud sebelum zaman penjajahan lagi dimana pokok Melaka menjadi lambang untuk Negeri Melaka .Buah Melaka diperbuat daripada tepung beras pulut,gula Melaka,kelapa parut muda,air dan daun pandan(sebagai pewarna dan untuk mendapatkan bau yang harum).Kuih onde-onde merupakan hidangan yang popular di Malaysia.Di Indonesia kuih ini dikenali sebagai “Klepon” manakala di Brunei pula kuih buah Melaka atau kuih onde-onde dikenali sebagai kuih “pancit”.



KUIH KERIA

Kuih keria ataupun dikenali sebagai kuih gelang oleh masyarakat setempat merupakan sejenis kuih tradisional melayu.Kuih keria ini dikatakan berasal daripada Negeri Melaka.Kuih ini berasaskan keledek,tepung,gula dan garam.Bahan-bahan tadi diadun menjadi doh dan dicanai kemudian dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula ayaupun cairan gula.Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang oleh masyarakat Melayu.Kuih ini amat diminati oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis.




TAPAI




Tapai ialah sejenis manisan yang diperbuat daripada pulut dan sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.Tapai amat popular di negeri Melaka.Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut.Lazimnya tapai pulut lebih digemari berbanding tapai ubi.Kuih tapai ini amatlah sedap dan digemari oleh masyarakat Melayu.Masyarakat Melayu zaman dahulu mempunyai pantang larang ketika memasak kuih tapai ini.Antaranya,ketika membungkus tapai seseorang itu tidak boleh memakan sirih dan benda yang masam.Selain itu orang yang ingin membuat tapai tidak boleh berada berdekatan dengan benda-benda yang berwarna merah.Pantang larang ini dipercayai boleh mengelakkan tapai daripada berubah menjadi warna merah,rosak,masam ataupun menjejaskan kualiti tapai.Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Tapai hanyalah beras pulut,ragi dan bekas untuk mengisi tapai ataupun kebiasaannya masyarakat Melayu dahulu menggunakan daun tapai atau daun pisang umtuk membalut tapai.Beras pulut yang siap ditanak dicampur ragi sehingga sebati dan dibungkus menggunakan daun pisang atau daun tapai.Tapai yang siap dibungkus akan dimasukkan ke dalam tempayan yang besar dan dibiarkan selama tiga hari.Tempat untuk meletakkan tempayan tersebut mestilah terlindung daripada cahaya matahari.Selepas tiga hari tapai itu akan masak dan sedia untuk dihidangkan.Tapai yang sudah masak akan mengeluarkan air yang sangat manis.Air yang terhasil daripada tapai ini boleh digunakan sebagai ubat tradisional.Ramai orang yang tidak tahu  cara untuk menikmati tapai selain dimakan begitu sahaja ialah dengan menambahkan santan kelapa dan ais ke dalam tapai.




DODOL


Dodol sangat terkenal di Melaka.Negeri lain yang amat menggemari dodol ialah Muar,Johor. Dodol kini sudah Berjaya memikat selera masyarakat di Indonesia dan Filipina.Dodol sudah menjadi tidak asing di sana bahkan semakin popular.Dodol yang berasal daripada Melaka telah mendapat tempat di Filipina khususnya di wilayah Ilocos,Mindanau,Luzon dan dibahagian Lanao.Tidak ketinggalan juga  wilayah Goa di India.Dodol terdiri daripada pelbagai jenis contohnya  dodol ganut,dodol durian,dodol sirsak,dodol maharani,dodol kandungan,dodol betawi,dodo lapel malang dan dodol nangka.Jenis dodol yang pelbagai menambah selera dan minat masyaraka untuk mencuba keenakkan dodol.Dodol akan acap kali disebut oleh masyarakat ketika tibanya musin perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha,Dodol akan menjadi hidangan istimewa buat tetamu yang hadir.Namun untuk memasak dodol tidaklah semudah  memakannya.Lazimnya golongan yang telah berusia mahir dalam pembuatan dodol kerana proses membuatnya yang rumit.Jarang sekali generasi muda mahir dalam memasak dodol.Proses memasak dodol dikatakan rumit kerana dodol yang sedang dimasak perlu dikacau sentiasa untuk mengelakkan bahagian bawah dodol hangit dan berkerak.Proses memasak dodol memakan masa yang lama dianggarkan 4 jam.Sekiranya dodol yang dimasak kurang daripada 4 jam,dodol yang terhasil tidak enak dimakan.Tahap kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk memasak dodol.



KUIH BAKAR BERLAUK ATAU KUIH CARA BERLAUK


Kuih ini dikatakan berasal daipada negeri Melaka.Kuih ini semakin mendapat sambutan oleh masyarakat.Kuih ini amatlah popular di negeri Melaka.Kuih Cara Berlauk amat sesuai dihidangkan kepada tetamu yang hadir,dibawa sebagai buah tangan kepada saudara-mara,sebagai santapan untuk minum petang,untuk sarapan pagi ataupun juadah berbuka puasa.Kuih Cara Berlauk ini terhasil daripada daya inovatif masyarakat,Hal ini kerana,resepi kuih Cara Berlauk sebenarnya diolah daripada kuih Cara.Kuih Cara Berlauk mempunyai sedikit perbezaan dengan resepi asalnya iaitu kuih Cara.Dimana kuih Cara Berlauk  ini dibakar menggunakan oven dan terdapat inti yang diperbuat daripada daging yang dicampur dngan sedikit rempah di tengahnya.Rempah yang digunakan menyebabkan inti kuih Cara Berlauk agak pedas tetapi enak.Oleh itu kuih Cara Berlauk ini  lebih digemari oleh golongan dewasa berbanding kanak-kanak.Kuih ini tidak dapat bertahan dengan suhu bilik akan tetapi kuih ni dapat bertahan sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment