Friday, November 20, 2015

KUIH KELAMAI TRADISI ORANG RAWA PERAK


Kuih Kelamai

Kuih Kelamai adalah makanan tradisi orang Rawa dan menjadi warisan juadah zaman berzaman. Kuih tradisi ini boleh didapati di negeri Perak daerah Batang Padang , Gopeng. Kebanyakan masyarakat Rawa tinggal di kawasan tersebut. Menceritakan tentang kuih tradisi ini sebenarnya mempunyai bentuk seperti dodol kerana kuih Kelamai menggunakan bahan seperti tepung pulut, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak, dan gula putih. Kaedah pembuatan kuih kelamai mirip seperti cara untuk membakar lemang namun yang membezakannya ialah bahan yang digunakan.

Seterusnya, Proses untuk menghasilkan Kelamai memerlukan tempoh yang lama kerana bahan yang siap diadun akan diserap selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk dibakar. Dalam pada itu, pemilihan buluh yang bersesuaian juga penting bagi menghasilkan kelamai yang betul-betul enak. Buluh yang diambil untuk dibakar perlu dibuang kulitnya terlebih dahulu dan ini yang membezakan buluh kelamai dengan buluh lemang.

Thursday, November 19, 2015




KUIH DANGAI
Kuih dangai amat popular di negeri Kedah,Perak dan Pulau PinangWalaupun kuih ini merupakan kuih tradisi namun kewujudan kuih ini tidak ditelan zaman.Sebagai buktinya, kuih dangai menjadi kegemaran masyarakat utara dari semua lapisan umur dan banga.Di utara bukan sahaja masyarakat Melayu mengakui keenakkan kuih dangai,masyarakat Cina dan India juga mengakui hal yang sama.Kuih dangai enak dimakan ketika sarapan pagi,minum petang ataupun di majlis-majlis kenduri sebagai makanan sampingan.Kuih ini juga mudah didapati disekitar kita seperti pasar malam dan pasar pagi.Kuih ini juga boleh didapati disepanjang jalan di utara.Masyarakat sekitar negeri Kedah,Perak dan Pulau Pinang sememangnya mahir membuat kuih ini kerana proses memasak kuih ini begitu mudah dan ringkas.Kuih ini diperbuat daripada bahan yang mudah didapati.Oleh itu,kos untuk menyediakan kuih dangai ini tidaklah membebankan.

KUIH TRADISIONAL NEGERI SELANGOR




KUIH BUGIS MANDI

        Antara kuih tradisi yang semakin hilang dalam masyarakat adalah kuih Bugis Mandi. Kuih ini mempunyai rupa dan rasa yang hampir sama dengan kuih Badak Berendam namun bebolanya lebih kecik menyerupai Buah Melaka." Pada dasarnya, kuih tradisional dulu mempunyai ciri yang hampir sama iaitu tepung pulut yang digiling sendiri, dikacau dengan campuran santan. Isinya kebanyakan kelapa parut yang dimasak dengan gula hangus kerana ketika dulu, gula merah sukar diperoleh."Jadi makanan yang sebegini perlu diberi perhatian dan dipastikan resipinya dapat dipelihara untuk diwarisi turun-temurun.

KUIH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN


KUIH SOPANG

Kuih sopang merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut, pisang dan gula melaka dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda. Adunan itu kemudiannya dibentuk bujur. Kuih sopang dihidangkan dengan kuah santan pekat.Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti kuih koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.Kuih sopang popular di Negeri Sembilan dan merupakan hidangan istimewa terutama pada hari perayaan.Kuih sopang kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia berkuah dan dianggap leceh untuk dihidang dan dimakan. Kuahnya yang melekit menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

KUIH KALAKATAR A.K.A BENGKANG NYOK MUDA


Kuih Kalakatar

Kuih kalakatar atau kuih bengkang kelapa muda juga merupakan salah satu antara kuih tradisi masyarakat banjar khususnya di daerah Kerian. Kuih tradisi ini menjadi kesukaan ramai kerana rasanya yang manis seakan-akan buah "nyok muda" kelapa muda. Hal ini disebabkan, penghasilan Kalakatar ini berasaskan ramuan air kelapa muda, isi kelapa muda dan tepung beras. Kuih ini tidak memerlukan bahan masakan yang banyak tetapi kaedah memasak yang menggunakan dapur kayu menjadikan ia agak sukar "renyah" kerana perlu pandai mengawal api agar tidak hangus. Walaupun kaedah memasaknya begitu namun itulah yang menjadikan rasa kuih Kalakatar lebih sedap dan asli berbanding dimasak dengan dapur gas ataupun oven. Kawasan Batu Lima, Parit Buntar menjadi tumpuan ramai masyarakat terutama sekali waktu bulan puasa bagi mendapatkan kuih tardisi banjar iaitu Kalakatar. Jum ramai-ramai datang Parit Buntar untuk merasa sendiri kuih Kalakatar dan suasana membeli di Batu Lima. Parit Buntar Is My Hometown.   

WADAI KEPENG .. MANISAN ORANG BANJAR


Wadai Kepeng

Wadai kepeng merupakan salah satu makanan yang popular dalam kalangan masyarat banjar. Dalam konteks ini, negeri Perak Darul Ridzuan daerah Kerian, Sungai Manik, dan Bagan Datoh merupakan antara kawasan yang mempunyai masyarakat banjar namun daerah Kerian yang berada di utara Perak mencatatkan penduduk paling ramai masyarakat banjar di Malaysia. Menceritakan tentang makanan Wadai kepeng masyarakat Banjar, Encik Mohd Rizal berumur 20 tahun yang berasal dari Parit Buntar, Perak memberitahu, makanan tradisi Wadai kepeng adalah juadah yang amat terkenal dengan manisannya. Menurutnya lagi makanan ini sering disediakan pada majlis-majlis doa kesyukuran ataupun doa selamat. Dalam pada itu, penyediaan Wadai kepeng tidaklah sukar kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Cara menyediaakan Wadai kepeng adalah menggunakan tepung pulut, garam, dan air suam. Semua bahan tersebut akan diuli bersama hingga menjadi doh. Kemudian doh tersebut perlu diambil di dalam kuantiti yang sedikit dan dibentukkan menjadi bulat kemudian dipicit sedikit. 

Seterusnya proses membuat kuahnya pula adalah dengan menggunakan santan, air, gula putih, gula melaka dan garam. Semua bahan itu akan dimasak bersama sehingga mendidih. Apabila kuah tersebut mendidih barulah dimasukkan adunan tepung yang telah dibentuk tadi. Kesemua  bahan tersebut perlu dikacau supaya tepung tadi tidak melekat. Bagi memastikan bahawa juadah ini telah siap dimasak adalah dengan melihat tepung tersebut timbul kemudian tenggelam ke dalam kuah.

      

Wednesday, November 18, 2015

Kuih Vadeii....







Kuih ini berasal dari India Selatan. Nama kueh ini berbagai gelaran seperti: Vada, Vadei, Wada, atau pun Vadai. “MASALA‘ bermaksud adunan rempah. Maka Vadei yang berperasa rempah.  Vadei digemari sebagai makan petang kerana rasa dalam keadaan panas, garing, berempah lembut dan pedas sedikit. Betuk fizikalnya selalu berbentuk bulat 10-15cm bergaris pusat dan ada juga dalam bentuk bujur. Vadei di Pulau Pinang amat digemari oleh semua kaum. Penjaja Pasar Malam Melayu Pulau Pinang sudah jadikan jualan vadei ini sebagai kueh sampingan  bersama karipap atau pun popia. Kini jualan vadei, putu mayom, atau pun popia bertukar tangan dari Mamak kepada orang Melayu. Vadei atau pun Popia buatan anak tempatan Melayu lebih lembut, gebu dan lazat berbanding dengan buatan Mamak itu sendiri walau kueh warisan mereka. Kalau anda perhatikan cara buat vadei oleh anak-anak Melayu muda di pasar malam, lebih inovatif dari dan cepat dari pembikinan  Mamak sendiri. Mereka gunakan acuan yang mudah ( acuan berbentuk kon yang di selaput dgn kain)  pembuatan bukan saja cepat tetapi bersih. Ini satu perkembangan yang sangat baik bagi masyarakat majmuk di negara ini. Inilah uniknya kebudayaan negara kita yang tidak terdapat di mana-mana negara di dunia. Kalau di Malaysia ini kaum India dan kaum Cina lebih gemar makan laksa dan nasi lemak dari tosai atau sarapan orang Cina. Perpaduan nasional di negara ini cuma kita boleh lihat dalam bidang masakan saja. Bidang yang lain, Fahaman Politik yang cetek sudah menguasai minda rakyat negara ini.