Kuih ini berasal dari India Selatan. Nama kueh ini berbagai gelaran seperti: Vada, Vadei, Wada, atau pun Vadai. “MASALA‘ bermaksud adunan rempah. Maka Vadei yang berperasa rempah. Vadei digemari sebagai makan petang kerana rasa dalam keadaan panas, garing, berempah lembut dan pedas sedikit. Betuk fizikalnya selalu berbentuk bulat 10-15cm bergaris pusat dan ada juga dalam bentuk bujur. Vadei di Pulau Pinang amat digemari oleh semua kaum. Penjaja Pasar Malam Melayu Pulau Pinang sudah jadikan jualan vadei ini sebagai kueh sampingan bersama karipap atau pun popia. Kini jualan vadei, putu mayom, atau pun popia bertukar tangan dari Mamak kepada orang Melayu. Vadei atau pun Popia buatan anak tempatan Melayu lebih lembut, gebu dan lazat berbanding dengan buatan Mamak itu sendiri walau kueh warisan mereka. Kalau anda perhatikan cara buat vadei oleh anak-anak Melayu muda di pasar malam, lebih inovatif dari dan cepat dari pembikinan Mamak sendiri. Mereka gunakan acuan yang mudah ( acuan berbentuk kon yang di selaput dgn kain) pembuatan bukan saja cepat tetapi bersih. Ini satu perkembangan yang sangat baik bagi masyarakat majmuk di negara ini. Inilah uniknya kebudayaan negara kita yang tidak terdapat di mana-mana negara di dunia. Kalau di Malaysia ini kaum India dan kaum Cina lebih gemar makan laksa dan nasi lemak dari tosai atau sarapan orang Cina. Perpaduan nasional di negara ini cuma kita boleh lihat dalam bidang masakan saja. Bidang yang lain, Fahaman Politik yang cetek sudah menguasai minda rakyat negara ini.
Wednesday, November 18, 2015
Kuih Vadeii....

No comments:
Post a Comment