Wednesday, November 4, 2015

kuih gedung chak

KUIH GEDUNG CHAK



Gedung Chak dikatakan berasal daripada negeri Kedah.Sejarah kuih ini bermula apabila penduduk Acheh yang datang berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di kawasan Yan,Kedah.Mereka telah membawa tradisi makanan mereka ke dalam budaya masyarakat setempat.Masyarakat di kawasan tersebut meyambut baik makanan tradisi penduduk Acheh ini dan lama-kelamaan kuih Gedung Chak menjadi kuih yang selalu dimakan dan digemari oleh masyarakat terutama sekali di negeri Kedah.Begitulah sejarah kuih Gedung Chak yang kini telah menjadi kuih tradisi negeri Kedah.Namun begitu, kemodenan yang telah kita kecapi membuatkan kuih tradisi kian dipinggirkan.Oleh itu, kuih Gedung Chak ini semakin sukar untuk ditemui.Antara lokasi yang boleh dikongsikan untuk mendapatkan kuih ini ialah Yan,Tanjung Dawai dan Kota Kuala Muda.
Kuih Gedung Chak ini mempunyai keistimewaan  yang tersendiri antaranya ialah kuih ini menggunakan daun nipah sebagai pembungkusnya.Daun nipah mampu menghasilkan aroma yang sangat wangi ketika kuih ini dibakar dan mampu  membangkitkan selera.Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut sebagai bahan utama.Untuk pengetahuan kita semua,tepung pulut  mengandungi vitamin B dan E serta tepung ini mudah untuk dicerna.Tepung pulut juga sesuai diamalkan untuk pengidap penyakit kencing manis.Bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan kuih ini ialah kelapa.Kelapa ialah bahan sampingan .Kelapa dapat mengatasi masalah keracunan, cirit-birit,demam panas,bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.Gula merah juga diperlukan untuk menghasilkan  kuih Gedung Chak ini.Gula merah kaya dengan garam mineral,thiamine,riboflavin,nikotinic asid,askorbic asid,protein dan vitamin C.Gula merah juga mengandungi kandungan gula yang lebih kecil berbanding gula putih.Gula merah boleh digunakan untuk merawat asma,anemia dan kusta.


KUIH KAPAL TERBANG


Kuih Bahulu sememangnya kuih tradisi orang Melayu yang telah lama mendapat tempat di hati setiap penduduk di Malaysia.Kuih Bahulu kebiasaannya kelihatan di rumah-rumah kenduri.Kuih ini dihidang kepada tetamu yang hadir atau dibungkus ke dalam plastik dan diberikan kepada tetamu ketika mereka menghadiri majlis tersebut.Segelintir masyarakat Melayu mewajibkan Kuih Bahulu ketika tibanya musim perayaan dek kerana rasanya yang sedap.Selain majlis perkhawinan dan musim perayaan Kuih Bahulu juga dibuat santapan untuk minum petang dan dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah kita.Kuih Bahulu ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk misalnya bentuk ikan.Perkara ini secara tidak langsung menarik minat golongan kanak-kanak untuk menggemari kuih ini.Bahan-bahan untuk membuat kuih ini juga amatlah mudah untuk didapati dan sangatlah asas seperti tepung gandum,telur dan gula.Apa yang menarik mengenai kuih ini ialah teknik pembakarannya.Teknik tradisi yang diamalkn oleh masyarakat Melayu untuk membakar kuih Bahulu ialah meggunakan bara api.Kuih Bahulu akan  dibakar menggunakan bara api untuk mendapatkan aroma yang cukup menyelerakan.

No comments:

Post a Comment