Wednesday, November 4, 2015

kuih bunga pudak


KUIH BUNGA PUDAK


Kuih Bunga Pudak ialah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di kawasan utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di kawasan selatan dan timur mungkin tidak mengenali atau tidak tahu cara untuk memasak kuih ini.Kuih ni dijual  di kedai-kedai kuih tradisi terutama di Pekan Rabu,Alor Star. Kuih ini dinamakan sempena bunga Pokok Pudak.Bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini mudah untuk didapati akan tetapi cara pembuatan kuih ini tidak mudah seperti yang disangkakan.Kuih ini merupakan kuih orang dulu-dulu dan pembuatan kuih ini memerlukan  teknik kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang berkualiti

Bahan-bahan untuk membuat inti.
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau

Bahan-bahan untuk membuat kulit
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
garam halus secukup rasa

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan untuk membuat inti kemudian goreng dengan api sederhana dan kacau hingga kering.
2. Gaul semua bahan untuk membuat kulit dan biarkan selama 1/2 jam
3. Sediakan kuali sederhana panas.ambil 1 sudu adunan tepung dan masukkan dalam penapis kopi, Ayak tepung tersebut ke dalam kuali.Ayak sehingga rata dalam bentuk bulat
4. Masukkan inti ditengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi.
5. Panaskan kuih untuk seketika kemudian angkat dan ulangi langkah tersebut hingga selesai.

3 comments:

  1. Assalamualaikum, nk tanya blh kah kuih ini di hntr melalui pos laju.

    ReplyDelete
  2. Boley awakk..wasap sye 0174837229 Shuhada

    ReplyDelete
  3. Boley awakk..wasap sye 0174837229 Shuhada

    ReplyDelete