Wednesday, November 25, 2015

KUIH DODOL KUKUS

Hai.. Assalamualaikum dan selamat malam too my follower.. malam ni i nak cerita sikit pasal kuih dodol kukus .. kuih ni adalah kuih tradisional negeri pahang.. kuih ni sedap tau.. manis sangat.. lagi satu kuih ni sangat cantik... warna kuih ni pun sangat menarik perhatian sesiapa yang membelinya.. hehe... sesiapa yang teringin nak rasa ni boleh la cuba buat.. yang mana bukan tinggal kat pahang tu nak cuba atau teringin nak rasa kan boleh laa... kat sini i kongsikan resepi ni kat korang.... selamat mencuba !!!



KUIH DODOL KUKUS 


BAHAN- BAHAN 

100gm  tepung pulut hitam
250gm  tepung pulut putih
 200gm gula halus
1 liter santan (dijadikan tahi minyak)
5ml minyak masak
·  daun pisang sebagai alas & garam secukup rasa
 Kaedah Penyediaan :
1.  Masukkan tepung pulut putih dan pulut hitam kedalam bekas adunan.kemudian masukkan gula dan santan.
2. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
3. Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak.
4. Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
5. setelah masak,taburkan tahi minyak dan hidang mengikut citarasa.

Tuesday, November 24, 2015

OTAK OTAK TERBAIKKK

OTAK-OTAK MAKANAN TRADISI JOHOR

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor." Makanan ini amat popular di negeri Johor terutama sekali daerah Kempas.
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.
Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.


Otak-otak

Bahan-bahan untuk membuat sambal hendaklah dikisar halus. Tumis bahan-bahan tersebut dengan menggunakan minyak sehingga garing atau pecah minyak. Rasa otak-otak yang di hasilkan banyak bergantung kepada ramuan sambal yang digunakan. Ada juga pengusaha tidak menumis bahan-bahan sambal tetapi ianya di gaul terus dengan ramuan isi ikan.

KUIH TRADISIONAL TERENGGANU

KETUPAT SOTONG


Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Bagi penduduk di pantai timur, ketupat sotong antara makanan yang dianggap menarik dan mempunyai penggemar tersendiri.






KUIH BERONOK


Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.






KAYU KERAMAT


Makanan tradisional Terengganu yang sedap dan kebanyakan sebagai menu makan pagi. Biasa dijual diwarong warong tepi jalan dan agak susah didapati dipasar pasar. Kayu Keramat rasanya memang sedap.Rupanya ada persamaan ngan Cakoi tetapi rasanya tak sama.Kalau cakoi ada rasa bawang dan berwarna putih manakala kayu keramat ni rasanya manis dan lemak.Sedap jika dimakan bersama kopi-o atau tea-O.







PULUT LEPA


Pulut Lepa adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti ikan. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada ikan, bawang, dan lada kering dan nyiur. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.







SATAR


Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.







SLEMANG


Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis.







PUTERI MANDI


Salah satu kuih tradisional Terengganu yang hampir menyamai kuih ondeh-ondeh cuma berbeza sedikit dari cara pembuatannya.Kuih ini selalu menjadi juadan ketika minum petang dan rasanya agak manis.Terdapat dua jenis kuih Puteri Mandi,salah satunya berwarna keputihan yang di perbuat daripada kelapa parut muda dan yang keduanya berwarna kekuningan di mana ianya di perbuat daripada kelapa parut tua dengan campuran manisan(gula melaka).Kuih ini senang didapati ketika bulan ramadhan yang mana menjadi salah satu hidangan untuk berbuka.







KUIH NEKBAT



Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di  Terengganu.







LEMPENG NYIOR



Di Terengganu, adunan lempeng dicampurkan dengan air kelapa muda supaya rasanya berlemak dan manis.  Sekiranya tiada air kelapa muda, memadai menggunakan kelapa parut sebagai penambah adunan.







OTAK - OTAK TERENGGANU


Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak  lebih enak dimakan ketika masih panas.



Kuih Tradisional Negeri Kelantan

KUIH AKOK


Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisional yang popular di Kelantan.
Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang akok Kemboja.
Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.





Kuih Tahi Itik


Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula.
Ia dibentuk seperti tahi itik. Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.






KUIH JALA MAS


Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan tradisional Kelantan yang lemak manis dihasilkn dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.






KUIH LOMPAT TIKAM


Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti kuih lompat tikam ini,
Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.






KUIH BUNGA TANJUNG

Kuih bunga tanjung begitu sinonim dengan Negeri Kelantan iaitu sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk seperti titisan air yang berwarna kuning, tetapi boleh juga dibentuk dengan pelbagai bentuk lain mengikut citarasa pembuatnya.







KUIH ASAM GUMPAL


Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.







PULUT BAKAR


Pulut bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza  dengan pulut panggang yang biasa dimakan di Pantai Barat.







KUIH BUTIR NANGKA


Sejenis kuih basah atau berkuah yang kelihatan sama dengan badak berendam namun ianya ada kelainan dari segi pembuatan dan tekstur buah nangkanya yang berwarna warni.








LEMPOK DURIAN

Sejenis makanan santai yang kelihatan seakan-akan dodol dan lempok yang paling popular ialah lempok durian.







CEK MEK MOLEK

Kuih yang berbentuk bujur seperti bola ragbi dan didalamnya berintikan gula cair yang memang best kalau dimakan waktu panas-panas.



kuih tempatan negeri melaka

KUIH BUAH MELAKA

 Kuih buah Melaka atau lebih dikenali sebagai kuih onde-onde nendapat nama tersebut daripada buah pokok Melaka yang berwarna kuning kekuningan dan mempunyai rasa yang manis.Kuih buah Melaka dipercayai berasal daripada negeri Melaka.Kepercayaan ini wujud sebelum zaman penjajahan lagi dimana pokok Melaka menjadi lambang untuk Negeri Melaka .Buah Melaka diperbuat daripada tepung beras pulut,gula Melaka,kelapa parut muda,air dan daun pandan(sebagai pewarna dan untuk mendapatkan bau yang harum).Kuih onde-onde merupakan hidangan yang popular di Malaysia.Di Indonesia kuih ini dikenali sebagai “Klepon” manakala di Brunei pula kuih buah Melaka atau kuih onde-onde dikenali sebagai kuih “pancit”.



KUIH KERIA

Kuih keria ataupun dikenali sebagai kuih gelang oleh masyarakat setempat merupakan sejenis kuih tradisional melayu.Kuih keria ini dikatakan berasal daripada Negeri Melaka.Kuih ini berasaskan keledek,tepung,gula dan garam.Bahan-bahan tadi diadun menjadi doh dan dicanai kemudian dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula ayaupun cairan gula.Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang oleh masyarakat Melayu.Kuih ini amat diminati oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis.




TAPAI




Tapai ialah sejenis manisan yang diperbuat daripada pulut dan sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.Tapai amat popular di negeri Melaka.Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut.Lazimnya tapai pulut lebih digemari berbanding tapai ubi.Kuih tapai ini amatlah sedap dan digemari oleh masyarakat Melayu.Masyarakat Melayu zaman dahulu mempunyai pantang larang ketika memasak kuih tapai ini.Antaranya,ketika membungkus tapai seseorang itu tidak boleh memakan sirih dan benda yang masam.Selain itu orang yang ingin membuat tapai tidak boleh berada berdekatan dengan benda-benda yang berwarna merah.Pantang larang ini dipercayai boleh mengelakkan tapai daripada berubah menjadi warna merah,rosak,masam ataupun menjejaskan kualiti tapai.Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Tapai hanyalah beras pulut,ragi dan bekas untuk mengisi tapai ataupun kebiasaannya masyarakat Melayu dahulu menggunakan daun tapai atau daun pisang umtuk membalut tapai.Beras pulut yang siap ditanak dicampur ragi sehingga sebati dan dibungkus menggunakan daun pisang atau daun tapai.Tapai yang siap dibungkus akan dimasukkan ke dalam tempayan yang besar dan dibiarkan selama tiga hari.Tempat untuk meletakkan tempayan tersebut mestilah terlindung daripada cahaya matahari.Selepas tiga hari tapai itu akan masak dan sedia untuk dihidangkan.Tapai yang sudah masak akan mengeluarkan air yang sangat manis.Air yang terhasil daripada tapai ini boleh digunakan sebagai ubat tradisional.Ramai orang yang tidak tahu  cara untuk menikmati tapai selain dimakan begitu sahaja ialah dengan menambahkan santan kelapa dan ais ke dalam tapai.




DODOL


Dodol sangat terkenal di Melaka.Negeri lain yang amat menggemari dodol ialah Muar,Johor. Dodol kini sudah Berjaya memikat selera masyarakat di Indonesia dan Filipina.Dodol sudah menjadi tidak asing di sana bahkan semakin popular.Dodol yang berasal daripada Melaka telah mendapat tempat di Filipina khususnya di wilayah Ilocos,Mindanau,Luzon dan dibahagian Lanao.Tidak ketinggalan juga  wilayah Goa di India.Dodol terdiri daripada pelbagai jenis contohnya  dodol ganut,dodol durian,dodol sirsak,dodol maharani,dodol kandungan,dodol betawi,dodo lapel malang dan dodol nangka.Jenis dodol yang pelbagai menambah selera dan minat masyaraka untuk mencuba keenakkan dodol.Dodol akan acap kali disebut oleh masyarakat ketika tibanya musin perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha,Dodol akan menjadi hidangan istimewa buat tetamu yang hadir.Namun untuk memasak dodol tidaklah semudah  memakannya.Lazimnya golongan yang telah berusia mahir dalam pembuatan dodol kerana proses membuatnya yang rumit.Jarang sekali generasi muda mahir dalam memasak dodol.Proses memasak dodol dikatakan rumit kerana dodol yang sedang dimasak perlu dikacau sentiasa untuk mengelakkan bahagian bawah dodol hangit dan berkerak.Proses memasak dodol memakan masa yang lama dianggarkan 4 jam.Sekiranya dodol yang dimasak kurang daripada 4 jam,dodol yang terhasil tidak enak dimakan.Tahap kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk memasak dodol.



KUIH BAKAR BERLAUK ATAU KUIH CARA BERLAUK


Kuih ini dikatakan berasal daipada negeri Melaka.Kuih ini semakin mendapat sambutan oleh masyarakat.Kuih ini amatlah popular di negeri Melaka.Kuih Cara Berlauk amat sesuai dihidangkan kepada tetamu yang hadir,dibawa sebagai buah tangan kepada saudara-mara,sebagai santapan untuk minum petang,untuk sarapan pagi ataupun juadah berbuka puasa.Kuih Cara Berlauk ini terhasil daripada daya inovatif masyarakat,Hal ini kerana,resepi kuih Cara Berlauk sebenarnya diolah daripada kuih Cara.Kuih Cara Berlauk mempunyai sedikit perbezaan dengan resepi asalnya iaitu kuih Cara.Dimana kuih Cara Berlauk  ini dibakar menggunakan oven dan terdapat inti yang diperbuat daripada daging yang dicampur dngan sedikit rempah di tengahnya.Rempah yang digunakan menyebabkan inti kuih Cara Berlauk agak pedas tetapi enak.Oleh itu kuih Cara Berlauk ini  lebih digemari oleh golongan dewasa berbanding kanak-kanak.Kuih ini tidak dapat bertahan dengan suhu bilik akan tetapi kuih ni dapat bertahan sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.

KUIH MAHBOB PAHANG


kuih mahbob

kuih mahbob ni kuih tradisional negeri pahang. kuih ni sedap tau.. hehe kuih ni salah satu kuih yang popular lah dekat pahang.. selalu suri rumah memang selalu la buat kuih mahbob ni. kuih ni senang sangat nak buat dia,, kalau korang nak cuba disini i drop kan resepi nye... hehe selamat mencuba !! resepi ni i ambil dekat majalah perempuan tahun 1994 hehe. bukan ciptaan sendiri yer... 


Bahan2nya

5 biji telur ayam 
1 cawan santan pekat
1 cawan gula putih 
3 sudu tepung beras
1 cawan air
Sedikit pewarna kuning
1 helai daun pandan
Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.

Bahan untuk tahi minyak

1 cawan santan pekat 
Sedikit garam

Cara-Cara


1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in diameter dengan mentega.

2. Masak gula, daun pandan & secawan air tadi hingga hancur kemudian sejukkan
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Panaskan periuk kukusan. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur & buang tali pusatnya) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit. 
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garam diatasnya.
8. Cara membuat tahi minyak… masak santan pekat dengan sedikit garam sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat2 sikit. Sejukkan & tapis tahi minyak sebelum di tabur di atas kuih.  



Saturday, November 21, 2015

KUIH TEMPATAN NEGERI SEMBILAN






APAM JOHOL KUIH TRADISI  NEGERI  SEMBILAN


          Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu tinggal di kawasan ini.Apam, sejenis kuih gebu yang biasanya diperbuat daripada tepung beras dan dicampur ragi, santan serta gula, memang kuih yang digemari ramai.Antara yang popular ialah Apam putih, Apam Berkuah, Apam Pelangi, Apam Malaysia dan Apam Polkadot.Sejenis apam di Negeri Sembilan, yang dinamakan Apam Johol, turut menjadi kegemaran ramai kerana keunikannya dan cara tradisional untuk proses penyediaannya.